Sambutan Maulidur Rasul Peringakat Daerah Kunak 2012

Pada 11/Febuari/2012 (Sabtu) yang lalu, Persekutuan Pengakap Daerah Kunak telah menyertai Perarakan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Kunak. En.Salim Samai juga selaku Pesuruhjaya Pengakap Daerah Kunak telah turut bersama-sama hadir dengan pemimpin dan ahli-ahli yang lain. Syabas dan tahniah di ucapkan kepada Persekutuan Pengakap Daerah Kunak yang menunjukkan komitmennya dalam semua acara yang disertai khususnya di daerah Kunak. Ini membuktikan pergerakan dan aktiviti kepengakapan itu sendiri khususnya di daerah Kunak, tidak hanya tertumpu semata-mata kepada kegiatan-kegiatan sosial dan khidmat masyarakat seperti perkhemahan dan aktiviti lasak semata-mata. Persekutuan Pengakap Daerah Kunak juga telah mendapat tempat ke-3 dalam perarakan sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Kunak 2012 baru-baru ini.  Sekali lagi syabas dan tahniah buat semua ahli yang terlibat sama ada secara langsung mahupun tidak langsung dalam setiap pergerakan Pengakap di daerah Kunak ini khususnya.  Semoga pergerakan persatuan ini akan terus maju seterusnya mendapat tempat dihati masyarakat di daerah ini untuk terus berkembang dan demi merancakkan lagi aktiviti-aktiviti berpengakapan sehingga ke peringkat yang tertinggi.

Sedikit memori yang sempat dirakamkan sempena sambutan Maulidur Rasul Peringakat Daerah Kunak 2012.

Barisan Persekutan Pengakap Daerah Kunak Bersama Persuruhjaya Pengakap Daerah Kunak.


Pengakap Muda yang turut serta.

En.Jumat Mat Salleh  yang sempat 'berposs" bersama Pengakap Muda.

En.Salim :Lama lagi kah baru berarak ni Skip Basir?
En.Basir : Tidak pasti juga ni skip.
Pengakap Muda : Ada jugak akun punya "poss" rupanya

Are you ready Scout??..Siap sedia untuk berarak

Dengan penuh semangat melaungkan nama Rasullullah sempena sambutan hari keputeraan Baginda S.A.W sambil berarak menuju ke Dewan Sri Kunak

Lenggang-lenggang kangkung....

Aktiviti di Dewan Sri Kunak sempena Sambutan Maulidur Rasul.


Pelajar-pelajar Sekolah Karisma Kunak yang turut serta dalam aktiviti sambutan Maulidur Rasul.

Barisan orang-orang kuat Pengakap Kunak ; En.Azlan Made (Pen.Pemimpin Kelana C ),En.Osman Jamali (S/U DC Kunak),En.Mohd Fahmi Abd.Latif ( Pen.Pemimpin Kelana B ), En.Basir Batjo (Pen.Pesuruhjaya Daerah Kunak).


Semangat Maulidur Rasul,sanggup duduk dilantai sehingga majlis selesai.


Majlis penyampaian sijil tempat ke-3 pertandingan sepanduk kategori B: Persatuan yang disampaikan oleh Y.B Datuk Nilwan B Hj.Kabang ADUN Kunak.


"Possing" bersama Para Pemimpin Pengakap + Pengakap Muda + Pengakap Remaja + Kelana B + Kelana C + Kelana G di Dewan Sri Kunak.


Syabas dan tahniah buat semua yang terlibat...


Sijil tempat ke-3


Sumber foto : En.Osman Jamali @ Oja

0 comments: