#Pray4 MH370

Memperingati kejadian sedih yang menimpa pesawat komersil Malaysia yang hilang tanpa kesan sehingga sekarang

Klik Dengan Bijak Peringkat Negeri Sabah

Aktiviti ini telah di jalankan di Scout Nature Park, Sandakan.

Jambori Peringkat antarabangsa Kali-2 Di Sabah

Jambori sempena 100 tahun pengakap di malaysia ini, membawa erti yang sangat bermakna terutama buat seluruh pengakap sabah. .

Kem Vigel Kelana Edisi 2014

Beretempat di Mini RTC Kunak Jaya. Melibatkan 8 orang ahli kelana baru

My Beuatyful Malaysia

Aktiviti peringkat kebangsaan yang di anjurkan oleh kerajaan Malaysia

Phasellus feugiat conse- ctetur sapien

Excepteur sint occaecat cupid- atat non proident, sunt in culpa qui officia deserunt mollit anim id est laborum.
Showing posts with label Pengumuman Baru. Show all posts

Ekspedisi Jalan Kaki Kunak-Semporna 2012


Ahli jawatankuasa Pengakap Kelana B Daerah Kunak akan menganjurkan Ekspedisi Jalan Kaki Kunak - Semporna pada 12-14 November 2012. Tujuan dan matlamat utama ekspedisi yang akan dijalankan nanti adalah untuk mendapatkan lencana ahli pengembaraan disamping untuk mengeratkan lagi persaudaraan antara Pengakap Daerah Kunak dan Daerah Semporna.

Ekspedisi yang julung kali diadakan ini akan diketuai oleh saudara Mohd Fadly Abd. Rashid merangkap Pengarah Program dan Ketua Ekspedisi kali ini. Kepada ahli-ahli kelana daerah Kunak yang berminat menyertai ekspedisi ini, borang penyertaan boleh di muat turun pada pautan di bawah.

Borang penyertaan Ekspedisi Kunak-Semporna 12-14 November 2012

PROGRAM RAKYAT 1 MALAYSIA SIHAT TANPA DADAH





Adalah dimaklumkan bahawa Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Sabah, Daerah Kunak dijemput untuk menyertai program Rakyat 1 Malaysia Sihat Tanpa Dadah anjuran PEMADAM Daerah Kunak Seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 05 september 2012 (Rabu)
Tempat : Perkarangan Rumah Rehat Daerah Kunak
Masa : Berkumpul jam 6:30pagi
Pakaian : Uniform Pengakap

Untuk makluman jamuan makan dan canutan bertuah ada disediakan. Untuk keterangan lanjut boleh berhubung terus dengan En.Jumat Mat Salleh (Pemimpin Kelana C) atau En.Osman Jamali

KURSUS MANIK KAYU PENGENALAN



Kursus Manik Kayu Pengenalan kali ke-2 Daerah Kunak 2011 datang lagi!!!!

Kepada semua ahli-ahli pengakap khususnya didaerah Kunak, anda semua dijemput untuk menyertai Kursus Manik Kayu Pengenalan. Masa dan ketetapannya adalah seperti berikut :
Kelayakan :
Semua ahli pengakap kelana dan pemimpin-pemimpin pengakap yang belum pernah menyertai mana-mana kursus Manik Kayu dan berminat untuk menerima anugerah manik kayu.Kepada yang pernah menyertai kursus ini, anda juga di alu-alukan untuk menyertai kursus ini.

Tarikh : 23hb Oktober 2011 (Ahad)
Lokasi : Pejabat Pendidikan Daerah Kunak (PPD)
Yuran : RM 20.00

Kursus akan dilakukan selama satu hari sahaja, peserta diwajibkan memakai uniform lengkap pengakap dan membawa alat tulis. Jadi apa tunggu lagi!!!!, jangan lepaskan peluang yang datang, kerana kursus manik kayu hanya julung-julung kali diadakan di daerah Kunak.

Untuk keterangan yang lebih lanjut bolehlah berhubung dengan En.Osman Jamali,@ En.Basir Batjo @ En.Salim Samai.

JOTA - JOTI 2011

Pereka logo Jota-Joti 2011
Salam kepengakapan kepada semua unit pengakap daerah Kunak, khususnya Krew Kelana B. Anda semua dijemput untuk menyertai aktiviti Jota - Joti untuk tahun 2011 yang akan di adakan pada ketetapan berikut :
  
   Tarikh : 15hb - 16hb Oktober 2011 ( Sabtu dan Ahad )
   Lokasi : Pejabat Pendidikan Daerah Kunak
   Yuran : RM 10.00

P/s: Sila bawa laptop,dan brodband jika ada, sebarang kehilangan dan kerosakan adalah atas tanggungjawab sendiri.
Untuk keterangan lanjut sila berhubung dengan En.Osman Jamali (Oja)  Pen.Pemimpin Daerah Kunak, selaku setiausaha DC. Terima kasih.