ENGLAND SCOUT AMBASSADOR AT KUNAK


On 27th November 2010, is the date has been create in memories all scout in Kunak district. This is small memory that we has do together with Mr. Owen Wallace Williams England Scout ambassador who has come to Kunak district in one not formal meeting. Thanks a lot to Mr. Owen Wallace Williams because want to visit Scout in Kunak. We on Kunak district Scout so hope we will meet in the future in other scout activity.

 Mr.Owen Wallace Williams with Kunak Scouts

Mr.Owen Wallace Williams is the England Scout Ambassador

Kunak Scout with Mr.Owen at "Dataran Kunak"

Mr.Osman Jamali, Mr.Owen Wallace Williams and Mr.Dato Azrun


Mr.Owen with Kunak Rovers "G" Scouts
Mr.Owen Wallace Williams with Kunak Scouts and Tawau Scouts


Video Mr.Owen Wallace Williams with Kunak Scout and Tawau Scout


P/s : Scout is are relatives....

4 comments:

APA ITU PENGAKAP KELANA??

  Pengakap Kelana atau "Rovers Scout" ialah kumpulan Pengakap bahagian dewasa di bawah Persekutuan Pengakap Malaysia yang berusia antara 17 tahun sehingga 25 tahun. Pengakap Kelana ialah bahagian yang ke-4 dalam siri latihan berpengakap, iaitu Pengakap Kanak-kanak, Pengakap Muda, Pengakap Remaja dan yang ke-4 Pengakap Kelana.

  Tujuan bahagian ini, adalah membolehkan Pengakap meneruskan latihan, sesuai dengan pertumbuhan jasmani dan rohaninya. Peringkat ini adalah penting bagi melengkapkan seorang Pengakap untuk menghadapi hari mukanya agar ia dapat memainkan peranan yang cergas dan positif dalam masyarakat. Ia adalah proses penemuan diri atau mengenal diri di dalam penyesuaian dengan tujuan dan prinsip pergerakan.

  Pengakap Kelana yang telah diiktifar, perlu mengambil beberapa peringkat latihan secara individu atau berkumpulan sama ada formal atau tidak formal. Anugerah B-P diberikan kepada Pengakap Kelana yang mengambil bahagian dalam sesuatu rancangan dengan latihan dalam intitusi/kawasan yang meliputi "Aim of tha Assocation". Pengakap Kelana yang berkeinginan untuk memegang jawatan sebagai Pemimpin ataupun wakil di peringkat daerah atau negeri, mereka sepatutnya berusaha untuk melengkapkan Kursus Kepimpinan Manikayu bagi unit Pengakap Kelana.


YEOH SENG CHOON
Pesuruhjaya Latihan Negara



0 comments:

SMK KUNAK JAYA - LOKASI JOTA-JOTI DAERAH KUNAK 2011

Salam pengakap...Sekali lagi Persekutuan Pengakap Negeri Sabah, Cawangan Kunak telah selesai menjayakan aktiviti Jota-Joti yang ke-54 tahun yang telah berlangsung diseluruh dunia pada 15hb-16hb Oktober yang lalu diperkarangan SMK Kunak Jaya. Aktivti yang diadakan setahun sekali oleh seluruh Pengakap dunia ini telah disertai oleh Pengakap Kanak-kanak sehinggalah Pemimpin-pemimpin Pengakap. Jota-Joti atau Jamboree On the Air -Jamboree On the Internet merupakan satu acara yang menghubungkan seluruh Pengakap diseluruh dunia melalui rangkaian internet dan juga stesen radio amatur. Disini kami warga blog Aktiviti Kelana B Daerah Kunak sempat merakamkan sedikit peristiwa-peristiwa manis untuk dijadikan kenang-kenangan sepanjang aktiviti tersebut berlangsung...

En.Salim Salim,Pesuruhjaya Pengakap Daerah Kunak dan En.Osman Jamali memberikan taklimat dan penerangan tentang maksud Jota-Joti dan peraturan-peraturan yang mesti dipatuhi oleh semua peserta berhubung dengan bahasa dan tatasusila ketika berkomunikasi dengan Pengakap-pengakap lain melalui saluran internet.


Senyuman indah disamping "peace"lambang keamanan sejagat Pengakap Kunak


En.Junaidi Pemimpin Pengakap SK.Kunak Jaya membantu Pengakap Kanak-kanak mengisi borang kehadiran dan penyertaan Jota-Joti

Kelana-kelana yang sedia berkhidmat dalam setiap aktivti yang dianjurkan..syabas Kelana-kelana daerah Kunak



Skip2 macam mana nak buat ni skip??

Lama lagi kah skip??Lama da tunggu ni mo register Jota-Joti ni skip..Nangis aku ni skip kalau aku ndak teregister Jota-Joti ni skip....

Jo2 tengok sana..tengok sana....kena ambik gambar kita tu.....

"Peace + Smile"

Peserta-peserta memberikan tumpukan tentang taklimat dan panduan yang diberikan oleh En.Osman Jamali tentang cara-cara untuk membuat pendaftaran online Jota-Joti dilaman web rasmi Jota-Joti.


Skip Osman disana-sini....demimu....adik-adikku...
Semangat yang perlu ada bagi setiap ahli pengakap, En.Osman menghulurkan bantuan dengan segera untuk membantu para peserta.

Otai-otai bekerjasama untuk menyelesaikan sedikit masalah teknikal.

1...2...3...Post!!.....Puteri-puteri Kelana B cute tak??

Kelana B + Kelana C + Kelana G = Berganding bahu menghulurkan khidmat, sesuai dengan motto Pengakap Kelana : Berkhidmat

Sekumpulan Pengakap Kanak-kanak comel yang tidak mahu ketinggalan..Semangat kepengakapan adik-adik ni....Sekali berpengakap terus berpengakap ya adik-adik...

Penat sudah ku berdiri bercerita...aku pun mau ber Jota-Joti juga ni, mau register dulu la....Man kau la lagi pula sambung bercerita....aku mau chat-chat ni sama Pengakap-pengakap luar negara.. 


Skip macam mana ni skip?? Apa ni passwordnya wireless ni skip???ndak dapat conect inernet mau Jota-Joti ni skip.....

Na....yahoo...sini kamu adik-adikku...dapat sudah ni...dapat sudah....


Yang ditunggu...MIRC merupakan application yang digunakan untuk Joti (Jamboree On The Internet) bagi berhubung melalui internet.
Semangat berJota -Joti...sambil makan sambil chat,berhubung dengan Pengakap dari luar negara...Bukan apa skip...penat bah kami tunggu dari pagi lg..tengah hari baru tembus....adei...

HIHIHI....Dari tadi aku menunggu ni Man....sekarang aku mau chat puas-puas sama Pengakap-pengakap dari Korea, Jamaica, Australia, Uk..semualah...hihihihi..

Lokasi di dewan terbuka SMK Kunak Jaya, panas kan di bilik komputer tu,line ndak kuat lagi sana...kami pindah sini lah....santai...

Kalau ada sumur diladang...bukanya aku meradang, cuma adikku Salmah ndak kasi peluang...mau chat sama cewek seberang,apakan daya laptop adikku yang pegang....ee...Jaga kau Salmah di rumah nanti...

P/s: Gambar dihari kedua tak ada,sebab hari kedua tak dapat datang ada hal...maaflah semua...=)

0 comments:

KURSUS MANIK KAYU PENGENALAN



Kursus Manik Kayu Pengenalan kali ke-2 Daerah Kunak 2011 datang lagi!!!!

Kepada semua ahli-ahli pengakap khususnya didaerah Kunak, anda semua dijemput untuk menyertai Kursus Manik Kayu Pengenalan. Masa dan ketetapannya adalah seperti berikut :
Kelayakan :
Semua ahli pengakap kelana dan pemimpin-pemimpin pengakap yang belum pernah menyertai mana-mana kursus Manik Kayu dan berminat untuk menerima anugerah manik kayu.Kepada yang pernah menyertai kursus ini, anda juga di alu-alukan untuk menyertai kursus ini.

Tarikh : 23hb Oktober 2011 (Ahad)
Lokasi : Pejabat Pendidikan Daerah Kunak (PPD)
Yuran : RM 20.00

Kursus akan dilakukan selama satu hari sahaja, peserta diwajibkan memakai uniform lengkap pengakap dan membawa alat tulis. Jadi apa tunggu lagi!!!!, jangan lepaskan peluang yang datang, kerana kursus manik kayu hanya julung-julung kali diadakan di daerah Kunak.

Untuk keterangan yang lebih lanjut bolehlah berhubung dengan En.Osman Jamali,@ En.Basir Batjo @ En.Salim Samai.

1 comments:

JOTA - JOTI 2011

Pereka logo Jota-Joti 2011
Salam kepengakapan kepada semua unit pengakap daerah Kunak, khususnya Krew Kelana B. Anda semua dijemput untuk menyertai aktiviti Jota - Joti untuk tahun 2011 yang akan di adakan pada ketetapan berikut :
  
   Tarikh : 15hb - 16hb Oktober 2011 ( Sabtu dan Ahad )
   Lokasi : Pejabat Pendidikan Daerah Kunak
   Yuran : RM 10.00

P/s: Sila bawa laptop,dan brodband jika ada, sebarang kehilangan dan kerosakan adalah atas tanggungjawab sendiri.
Untuk keterangan lanjut sila berhubung dengan En.Osman Jamali (Oja)  Pen.Pemimpin Daerah Kunak, selaku setiausaha DC. Terima kasih.

1 comments: