SMK KUNAK JAYA - LOKASI JOTA-JOTI DAERAH KUNAK 2011

Salam pengakap...Sekali lagi Persekutuan Pengakap Negeri Sabah, Cawangan Kunak telah selesai menjayakan aktiviti Jota-Joti yang ke-54 tahun yang telah berlangsung diseluruh dunia pada 15hb-16hb Oktober yang lalu diperkarangan SMK Kunak Jaya. Aktivti yang diadakan setahun sekali oleh seluruh Pengakap dunia ini telah disertai oleh Pengakap Kanak-kanak sehinggalah Pemimpin-pemimpin Pengakap. Jota-Joti atau Jamboree On the Air -Jamboree On the Internet merupakan satu acara yang menghubungkan seluruh Pengakap diseluruh dunia melalui rangkaian internet dan juga stesen radio amatur. Disini kami warga blog Aktiviti Kelana B Daerah Kunak sempat merakamkan sedikit peristiwa-peristiwa manis untuk dijadikan kenang-kenangan sepanjang aktiviti tersebut berlangsung...

En.Salim Salim,Pesuruhjaya Pengakap Daerah Kunak dan En.Osman Jamali memberikan taklimat dan penerangan tentang maksud Jota-Joti dan peraturan-peraturan yang mesti dipatuhi oleh semua peserta berhubung dengan bahasa dan tatasusila ketika berkomunikasi dengan Pengakap-pengakap lain melalui saluran internet.


Senyuman indah disamping "peace"lambang keamanan sejagat Pengakap Kunak


En.Junaidi Pemimpin Pengakap SK.Kunak Jaya membantu Pengakap Kanak-kanak mengisi borang kehadiran dan penyertaan Jota-Joti

Kelana-kelana yang sedia berkhidmat dalam setiap aktivti yang dianjurkan..syabas Kelana-kelana daerah Kunak



Skip2 macam mana nak buat ni skip??

Lama lagi kah skip??Lama da tunggu ni mo register Jota-Joti ni skip..Nangis aku ni skip kalau aku ndak teregister Jota-Joti ni skip....

Jo2 tengok sana..tengok sana....kena ambik gambar kita tu.....

"Peace + Smile"

Peserta-peserta memberikan tumpukan tentang taklimat dan panduan yang diberikan oleh En.Osman Jamali tentang cara-cara untuk membuat pendaftaran online Jota-Joti dilaman web rasmi Jota-Joti.


Skip Osman disana-sini....demimu....adik-adikku...
Semangat yang perlu ada bagi setiap ahli pengakap, En.Osman menghulurkan bantuan dengan segera untuk membantu para peserta.

Otai-otai bekerjasama untuk menyelesaikan sedikit masalah teknikal.

1...2...3...Post!!.....Puteri-puteri Kelana B cute tak??

Kelana B + Kelana C + Kelana G = Berganding bahu menghulurkan khidmat, sesuai dengan motto Pengakap Kelana : Berkhidmat

Sekumpulan Pengakap Kanak-kanak comel yang tidak mahu ketinggalan..Semangat kepengakapan adik-adik ni....Sekali berpengakap terus berpengakap ya adik-adik...

Penat sudah ku berdiri bercerita...aku pun mau ber Jota-Joti juga ni, mau register dulu la....Man kau la lagi pula sambung bercerita....aku mau chat-chat ni sama Pengakap-pengakap luar negara.. 


Skip macam mana ni skip?? Apa ni passwordnya wireless ni skip???ndak dapat conect inernet mau Jota-Joti ni skip.....

Na....yahoo...sini kamu adik-adikku...dapat sudah ni...dapat sudah....


Yang ditunggu...MIRC merupakan application yang digunakan untuk Joti (Jamboree On The Internet) bagi berhubung melalui internet.
Semangat berJota -Joti...sambil makan sambil chat,berhubung dengan Pengakap dari luar negara...Bukan apa skip...penat bah kami tunggu dari pagi lg..tengah hari baru tembus....adei...

HIHIHI....Dari tadi aku menunggu ni Man....sekarang aku mau chat puas-puas sama Pengakap-pengakap dari Korea, Jamaica, Australia, Uk..semualah...hihihihi..

Lokasi di dewan terbuka SMK Kunak Jaya, panas kan di bilik komputer tu,line ndak kuat lagi sana...kami pindah sini lah....santai...

Kalau ada sumur diladang...bukanya aku meradang, cuma adikku Salmah ndak kasi peluang...mau chat sama cewek seberang,apakan daya laptop adikku yang pegang....ee...Jaga kau Salmah di rumah nanti...

P/s: Gambar dihari kedua tak ada,sebab hari kedua tak dapat datang ada hal...maaflah semua...=)

0 comments: