ENGLAND SCOUT AMBASSADOR AT KUNAK


On 27th November 2010, is the date has been create in memories all scout in Kunak district. This is small memory that we has do together with Mr. Owen Wallace Williams England Scout ambassador who has come to Kunak district in one not formal meeting. Thanks a lot to Mr. Owen Wallace Williams because want to visit Scout in Kunak. We on Kunak district Scout so hope we will meet in the future in other scout activity.

 Mr.Owen Wallace Williams with Kunak Scouts

Mr.Owen Wallace Williams is the England Scout Ambassador

Kunak Scout with Mr.Owen at "Dataran Kunak"

Mr.Osman Jamali, Mr.Owen Wallace Williams and Mr.Dato Azrun


Mr.Owen with Kunak Rovers "G" Scouts
Mr.Owen Wallace Williams with Kunak Scouts and Tawau Scouts


Video Mr.Owen Wallace Williams with Kunak Scout and Tawau Scout


P/s : Scout is are relatives....

4 comments:

APA ITU PENGAKAP KELANA??

  Pengakap Kelana atau "Rovers Scout" ialah kumpulan Pengakap bahagian dewasa di bawah Persekutuan Pengakap Malaysia yang berusia antara 17 tahun sehingga 25 tahun. Pengakap Kelana ialah bahagian yang ke-4 dalam siri latihan berpengakap, iaitu Pengakap Kanak-kanak, Pengakap Muda, Pengakap Remaja dan yang ke-4 Pengakap Kelana.

  Tujuan bahagian ini, adalah membolehkan Pengakap meneruskan latihan, sesuai dengan pertumbuhan jasmani dan rohaninya. Peringkat ini adalah penting bagi melengkapkan seorang Pengakap untuk menghadapi hari mukanya agar ia dapat memainkan peranan yang cergas dan positif dalam masyarakat. Ia adalah proses penemuan diri atau mengenal diri di dalam penyesuaian dengan tujuan dan prinsip pergerakan.

  Pengakap Kelana yang telah diiktifar, perlu mengambil beberapa peringkat latihan secara individu atau berkumpulan sama ada formal atau tidak formal. Anugerah B-P diberikan kepada Pengakap Kelana yang mengambil bahagian dalam sesuatu rancangan dengan latihan dalam intitusi/kawasan yang meliputi "Aim of tha Assocation". Pengakap Kelana yang berkeinginan untuk memegang jawatan sebagai Pemimpin ataupun wakil di peringkat daerah atau negeri, mereka sepatutnya berusaha untuk melengkapkan Kursus Kepimpinan Manikayu bagi unit Pengakap Kelana.


YEOH SENG CHOON
Pesuruhjaya Latihan Negara



0 comments:

SMK KUNAK JAYA - LOKASI JOTA-JOTI DAERAH KUNAK 2011

Salam pengakap...Sekali lagi Persekutuan Pengakap Negeri Sabah, Cawangan Kunak telah selesai menjayakan aktiviti Jota-Joti yang ke-54 tahun yang telah berlangsung diseluruh dunia pada 15hb-16hb Oktober yang lalu diperkarangan SMK Kunak Jaya. Aktivti yang diadakan setahun sekali oleh seluruh Pengakap dunia ini telah disertai oleh Pengakap Kanak-kanak sehinggalah Pemimpin-pemimpin Pengakap. Jota-Joti atau Jamboree On the Air -Jamboree On the Internet merupakan satu acara yang menghubungkan seluruh Pengakap diseluruh dunia melalui rangkaian internet dan juga stesen radio amatur. Disini kami warga blog Aktiviti Kelana B Daerah Kunak sempat merakamkan sedikit peristiwa-peristiwa manis untuk dijadikan kenang-kenangan sepanjang aktiviti tersebut berlangsung...

En.Salim Salim,Pesuruhjaya Pengakap Daerah Kunak dan En.Osman Jamali memberikan taklimat dan penerangan tentang maksud Jota-Joti dan peraturan-peraturan yang mesti dipatuhi oleh semua peserta berhubung dengan bahasa dan tatasusila ketika berkomunikasi dengan Pengakap-pengakap lain melalui saluran internet.


Senyuman indah disamping "peace"lambang keamanan sejagat Pengakap Kunak


En.Junaidi Pemimpin Pengakap SK.Kunak Jaya membantu Pengakap Kanak-kanak mengisi borang kehadiran dan penyertaan Jota-Joti

Kelana-kelana yang sedia berkhidmat dalam setiap aktivti yang dianjurkan..syabas Kelana-kelana daerah Kunak



Skip2 macam mana nak buat ni skip??

Lama lagi kah skip??Lama da tunggu ni mo register Jota-Joti ni skip..Nangis aku ni skip kalau aku ndak teregister Jota-Joti ni skip....

Jo2 tengok sana..tengok sana....kena ambik gambar kita tu.....

"Peace + Smile"

Peserta-peserta memberikan tumpukan tentang taklimat dan panduan yang diberikan oleh En.Osman Jamali tentang cara-cara untuk membuat pendaftaran online Jota-Joti dilaman web rasmi Jota-Joti.


Skip Osman disana-sini....demimu....adik-adikku...
Semangat yang perlu ada bagi setiap ahli pengakap, En.Osman menghulurkan bantuan dengan segera untuk membantu para peserta.

Otai-otai bekerjasama untuk menyelesaikan sedikit masalah teknikal.

1...2...3...Post!!.....Puteri-puteri Kelana B cute tak??

Kelana B + Kelana C + Kelana G = Berganding bahu menghulurkan khidmat, sesuai dengan motto Pengakap Kelana : Berkhidmat

Sekumpulan Pengakap Kanak-kanak comel yang tidak mahu ketinggalan..Semangat kepengakapan adik-adik ni....Sekali berpengakap terus berpengakap ya adik-adik...

Penat sudah ku berdiri bercerita...aku pun mau ber Jota-Joti juga ni, mau register dulu la....Man kau la lagi pula sambung bercerita....aku mau chat-chat ni sama Pengakap-pengakap luar negara.. 


Skip macam mana ni skip?? Apa ni passwordnya wireless ni skip???ndak dapat conect inernet mau Jota-Joti ni skip.....

Na....yahoo...sini kamu adik-adikku...dapat sudah ni...dapat sudah....


Yang ditunggu...MIRC merupakan application yang digunakan untuk Joti (Jamboree On The Internet) bagi berhubung melalui internet.
Semangat berJota -Joti...sambil makan sambil chat,berhubung dengan Pengakap dari luar negara...Bukan apa skip...penat bah kami tunggu dari pagi lg..tengah hari baru tembus....adei...

HIHIHI....Dari tadi aku menunggu ni Man....sekarang aku mau chat puas-puas sama Pengakap-pengakap dari Korea, Jamaica, Australia, Uk..semualah...hihihihi..

Lokasi di dewan terbuka SMK Kunak Jaya, panas kan di bilik komputer tu,line ndak kuat lagi sana...kami pindah sini lah....santai...

Kalau ada sumur diladang...bukanya aku meradang, cuma adikku Salmah ndak kasi peluang...mau chat sama cewek seberang,apakan daya laptop adikku yang pegang....ee...Jaga kau Salmah di rumah nanti...

P/s: Gambar dihari kedua tak ada,sebab hari kedua tak dapat datang ada hal...maaflah semua...=)

0 comments:

KURSUS MANIK KAYU PENGENALAN



Kursus Manik Kayu Pengenalan kali ke-2 Daerah Kunak 2011 datang lagi!!!!

Kepada semua ahli-ahli pengakap khususnya didaerah Kunak, anda semua dijemput untuk menyertai Kursus Manik Kayu Pengenalan. Masa dan ketetapannya adalah seperti berikut :
Kelayakan :
Semua ahli pengakap kelana dan pemimpin-pemimpin pengakap yang belum pernah menyertai mana-mana kursus Manik Kayu dan berminat untuk menerima anugerah manik kayu.Kepada yang pernah menyertai kursus ini, anda juga di alu-alukan untuk menyertai kursus ini.

Tarikh : 23hb Oktober 2011 (Ahad)
Lokasi : Pejabat Pendidikan Daerah Kunak (PPD)
Yuran : RM 20.00

Kursus akan dilakukan selama satu hari sahaja, peserta diwajibkan memakai uniform lengkap pengakap dan membawa alat tulis. Jadi apa tunggu lagi!!!!, jangan lepaskan peluang yang datang, kerana kursus manik kayu hanya julung-julung kali diadakan di daerah Kunak.

Untuk keterangan yang lebih lanjut bolehlah berhubung dengan En.Osman Jamali,@ En.Basir Batjo @ En.Salim Samai.

1 comments:

JOTA - JOTI 2011

Pereka logo Jota-Joti 2011
Salam kepengakapan kepada semua unit pengakap daerah Kunak, khususnya Krew Kelana B. Anda semua dijemput untuk menyertai aktiviti Jota - Joti untuk tahun 2011 yang akan di adakan pada ketetapan berikut :
  
   Tarikh : 15hb - 16hb Oktober 2011 ( Sabtu dan Ahad )
   Lokasi : Pejabat Pendidikan Daerah Kunak
   Yuran : RM 10.00

P/s: Sila bawa laptop,dan brodband jika ada, sebarang kehilangan dan kerosakan adalah atas tanggungjawab sendiri.
Untuk keterangan lanjut sila berhubung dengan En.Osman Jamali (Oja)  Pen.Pemimpin Daerah Kunak, selaku setiausaha DC. Terima kasih.

1 comments:

KG.BUANG SAYANG - DESTINASI VIGIL KELANA B 2011





“KEM VIGIL KREW KELANA B  DAERAH KUNAK”

TARIKH :  29-30 JULAI 2011
Lokasi : Pantai Kg.Buang Sayang
1.
                   
             

PENGENALAN PROGRAM

            Kem Vigil merupakan satu aktiviti yang menjadi kewajipan untuk seorang ahli pengakap remaja bagi menjadi ahli pengakap Kelana.  Aktiviti yang dijalankan adalah berbentuk motivasi untuk menyerapkan nilai-nilai murni dalam setiap diri ahli serta proses untuk mengenal diri.  Sebelum seseorang ahli pengakap layak untuk di iktifarkan sebagai seorang pengakap Kelana, bakal Kelana terlebih dahulu akan diberi tempoh selama tiga (3) bulan tempoh percubaan untuk menunjukkan beliau layak untuk di iktirafkan sebagai seorang pengakap Kelana. Bakal kelana juga wajib untuk memberi perkhidmatan seperti dalam aktiviti kemasyarakatan.  Disamping itu juga, aktiviti ini dapat mengeratkan lagi silaturrahim antara pemimpin dan juga bakal Kelana.



      OBJEKTIF PROGRAM
      Antara objektif yang ingin di capai dalam Kem Vigil ini adalah seperti berikut :

1.      Memberi ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam berpengakap Kelana
2.      Memberi kefahaman tentang matlamat utama berkelana
3.      Memupuk semangat sukarelawan dalam kalangan ahli / krew 
4.      Mengeratkan silaturrahim antara peserta dan Krew Kelana “B” Kunak
5.      Menambah bilangan Krew Kelana “B” Kunak



      TARIKH DAN TEMPAT

       Kem ini telah dijalankan seperti ketetapan berikut :
       Hari : Jumaat - Sabtu
      Tarikh : 29 – 30 Julai 2011
      Masa : 2.00pm – 10.00am
      Tempat : Pantai Kg.Buang Sayang

      PESERTA

            Program ini merupakan sebuah program di bawah anjuran Pengakap Krew Kelana B Daerah Kunak, oleh yang demikian penyertaan daripada ahli pengakap tingkatan 5 dan tingkatan 6 dari semua sekolah menengah dan juga orang awam yang ada di daerah Kunak adalah digalakkan.  Namun begitu, penyertaan dan bilangan sasaran peserta yang akan dipilih adalah seramai  20  orang. Pada tahun ini, kem vigil Krew Kelana “B” daerah Kunak telah disertai oleh 5 peserta dari Smk Kunak, 2 peserta orang awam, dan 1 peserta daripada Smk Kunak  Jaya menjadikan jumlah keseluruhan peserta adalah seramai 8 orang.






Peserta Kem Vigil Krew Kelana “B” 2011



Dari sebelah Kiri :

Mohd Fadly Abd.Rasid (AWAM) , Alief Sanwiel(AWAM), Mohd Taufiq Nordin(SMK),
Serrynata Jain(SMK), Mariam Kalsid(SMK), Azlan Amran(SMK),Saharuddi Mohd. Nasir.(JB)

*SMK = Peserta dari SMK Kunak
*JB = Peserta dari SMK Kunak Jaya
*AWAM = Peserta dari orang awam




Tarikh : 29.07.11
Hari : Jumaat

04.00PM–05.00PM  -Aktivit suai mesra bersama penduduk tempatan

Aktiviti ini dijalankan di mana peserta akan dibahagikan kepada 2 kumpulan dan dalam satu kumpulan sebanyak 4 peserta. Setiap kumpulan akan bergerak ke rumah kawasan penduduk setempat untuk mendapatkan sedikit informasi mengenai keluarga tersebut dan seterusnya akan memberikan khidmat masyarakat apa – apa sahaja yang boleh di lakukan.



9.00PM –9.30PM   -Rehat



Kunjungan daripada unit Pengakap Kelana Krew “G” Kunak yang dipimpin oleh Dato Azrun B Dato Halun. Krew Kelana “B” mengucapkan ribuan terima kasih di atas kunjungan yang di buat oleh Krew Kelana “G” semoga  aktiviti sebegini dapat mengeratkan silaturahim di antara semua ahli – ahli pengakap yang ada di daerah Kunak khususnya.


En.Basir Batjo menjamu selera bersama pemimpin – pemimpin Krew Kelana “B” dan Krew Kelana “G” sambil berbingan dan berbual mesra mengenai aktiviti – aktiviti pengakap di daerah Kunak, serta cadangan untuk menjadikan kawsan kem ini di lakukan sebagai rumah pengakap di daerah Kunak.



Ahli jawatan kuasa menerima penerangan dan taklimat daripada En.Junaidy Jaimi selaku penasihat program tentang aktiviti kembara malam yang di adakan.
Peserta akan melalui 8 perhentian yang akan dikawal selia oleh jawatan kuasa program dan akan di pantau oleh pemimpin – pemimpin Krew Kelana “B” semasa aktiviti ini dijalankan bagi memastikan keselamatan setiap ahli peserta terjamin. Peserta dilepaskan dalam satu kumpulan seramai 8 orang dan menerima tugasan – tugasan seperti berikut di setiap perhentian:
KEMBARA MALAM



  1. Lakarkan peta perjalanan dan nyatakan tempat – tempat penting
  2. . Menyediakan 1 jenis hidangan masakan rimba.
    • Nyatakan bahan-bahannya
    • Cara – cara memasaknya
    • Masa yang diperlukan untuk menyediakannya
  3. Dapatkan 8 jenis daun serta nyatakan cirri –ciri daun tersebut dan kegunaannya sama ada untuk masakan , perubatan atau pun kecantikan
  4. 3 jenis bunyi – bunyian yang terdapat sepanjang penggembaraan
  5. Membuat satu kraf tangan dari bahan terpakai
  6. Membawa 3 jenis bahan semulajadi / kitar semula yang boleh digunakan dalam ikhtihar hidup.
  7. Membawa 3 jenis cengkerang / tumbuhan laut / hidupan laut
  8. Lengkapkan perkataan yang tersembunyi dibelakang kad hijau menjadi satu ayat
En.Basir Batjo selaku Penolong Pesuruhjaya (Unit Latihan) Daerah Kunak sedang memberikan penerangan dan sesi soal jawab bersama peserta dalam aktiviti proses mengenal diri ‘vigil’ yang dibahagikan kepada tiga slot.

Peserta menikmati minuman yang di sediakan oleh jawatan kuasa program


PENUTUP
   Walaupun Kem Vigil kali ini, mengalami sedikit kekurangan pada awalnya di akibatkan sedikit masalah yang tidak dijangka, namun ianya tidak mematahkan semangat – semangat para peserta untuk meneruskan aktiviti, malahan atas dedikasi dan tanggungjawab semua ahli jawatankuasa Krew Kelana “B” dan ahlijawatankuasa jemputan dari Krew Kelana “C” yang turut membantu, ianya dapat di atasi dengan kerjasama semua pihak segala aktiviti yang dirancang berjalan dengan lancar dan selamat.    Tidak lupa juga kepada Ketua Kampung Buang Sayang dan Pengerusi JKK, Kampung Buang Sayang yang telah memberikan sumbangan bakti dalam menjayakan Kem Vigil Krew Kelana “B” Daerah Kunak 2011 dengan jayanya.





Peserta berehat dan meluangkan masa dengan aktiviti – aktiviti permainan pengakap untuk menghilangkan rasa mengantuk


Peserta membentangan lakaran dalam aktiviti mencipta logo Pengakap Krew Kelana ‘B’ Kunak


 

Tarikh : 30.07.11
Hari : Sabtu
12.30AM-1.00AM- Penerangan penggembaraan

Peserta diberikan taklimat oleh saudara Mohd.Fahmi Abd.Latif selaku pengarah program tentang keselamatan dan perkara – perkara yang perlu dan tidak boleh di lakukan ketika aktiviti kembara malam dijalankan. Aktiviti ini juga secara ringkasnya akan bermula dari  “Base Camp melalui kawasan bukit, jambatan Sg.Kunak Jaya, Kilang TSH Wilmar, Surau Al-Babu Salam, kawsan perkuburan islam Kg.Kunak Jaya, seterusnya akan sampai di Kg.Buang Sayang dan akan melalui jambatan, sebelum tiba semula di Base Camp yang terletak di kaki bukit.





1.00AM- 4.30AM – Aktiviti Penggembaran



 
Peserta sedang menikmati hidangan yang mereka sediakan ketika aktiviti Masakan rimba
Peserta menerima hukuman kerana gagal menyempurnakan tugasan di perhentian ke-2

Peserta berkerja sama dalam aktiviti di perhentian ke-3 iaitu Mencari tiga jenis daun.



Ketua kumpulan memberikan laporan kepada ahli jawatankuasa yang bertugas memastikan keselamatan setiap peserta di setiap perhentian sebelum meneruskan aktivti di setiap perhentian dan sebelum meneruskan perjalanan ke perhentian yang seterusnya.

Peserta sedang menyiapakan tugasan yang seterusnya di perhentian yang ke -5 dengan idea dan kreativiti kumpulan untuk menghasilkan sebuah kraftangan daripada bahan-bahan terpakai dan semulajadi.

Peserta yang masih bersemagat untuk meneruskan perjalanan dan aktiviti yang seterusnya walaupun sedang keletihan dan kurang tidur.

Ahli jawatankuasa yang siap sedia menanti kedatangan peserta di perhentian yang ke-7disebuah pondokdi jambatan Kg.Buang Sayang dengan penuh semangat dan tanggungjawab tanpa mengenal erti penat demi menjaga keselamatan setiap peserta.
Peserta mengambil peluang bergambar dan merehatkan diri seketika sebelum memulakan aktiviti yang seterusnya.


7.00AM-8.00AM  -Khidmat masyarakat

Ahlijawatan kuasa memeriksa keadaan kawasan pantai yang hendak dibersihkan terlebih dahulu untuk memastikan keadaan kawasan tersebut selamat kepada peserta.
Peseta berkerja sama membersihkan kawasan pantai Kg.Buang Sayang sebagai senaman pagi untuk memanaskan badan sebelum meninggalkan kem.



8.00AM-9.00AM  -Pembentangan Perisai & Tongkat, Penutupan

Pada acara kemuncak aktiviti,peserta membentangan perisai dan tongkat masing – masing sebelum menerima 3 bulan tempoh percubaan  sebelum ditabalkan sebagai seorang Pengakap Kelana.




10.30PM– 11.00PM -Rehat

0 comments: