KG.BUANG SAYANG - DESTINASI VIGIL KELANA B 2011
“KEM VIGIL KREW KELANA B DAERAH KUNAK”
TARIKH : 29-30 JULAI 2011
Lokasi : Pantai Kg.Buang Sayang
1.
PENGENALAN PROGRAM
Kem Vigil merupakan satu aktiviti yang menjadi kewajipan untuk seorang ahli pengakap remaja bagi menjadi ahli pengakap Kelana. Aktiviti yang dijalankan adalah berbentuk motivasi untuk menyerapkan nilai-nilai murni dalam setiap diri ahli serta proses untuk mengenal diri. Sebelum seseorang ahli pengakap layak untuk di iktifarkan sebagai seorang pengakap Kelana, bakal Kelana terlebih dahulu akan diberi tempoh selama tiga (3) bulan tempoh percubaan untuk menunjukkan beliau layak untuk di iktirafkan sebagai seorang pengakap Kelana. Bakal kelana juga wajib untuk memberi perkhidmatan seperti dalam aktiviti kemasyarakatan. Disamping itu juga, aktiviti ini dapat mengeratkan lagi silaturrahim antara pemimpin dan juga bakal Kelana.
OBJEKTIF PROGRAM
Antara objektif yang ingin di capai dalam Kem Vigil ini adalah seperti berikut :
1. Memberi ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam berpengakap Kelana
2. Memberi kefahaman tentang matlamat utama berkelana
3. Memupuk semangat sukarelawan dalam kalangan ahli / krew
4. Mengeratkan silaturrahim antara peserta dan Krew Kelana “B” Kunak
5. Menambah bilangan Krew Kelana “B” Kunak
TARIKH DAN TEMPAT
Kem ini telah dijalankan seperti ketetapan berikut :
Hari : Jumaat - Sabtu
Tarikh : 29 – 30 Julai 2011
Masa : 2.00pm – 10.00am
Tempat : Pantai Kg.Buang Sayang
PESERTA
Program ini merupakan sebuah program di bawah anjuran Pengakap Krew Kelana B Daerah Kunak, oleh yang demikian penyertaan daripada ahli pengakap tingkatan 5 dan tingkatan 6 dari semua sekolah menengah dan juga orang awam yang ada di daerah Kunak adalah digalakkan. Namun begitu, penyertaan dan bilangan sasaran peserta yang akan dipilih adalah seramai 20 orang. Pada tahun ini, kem vigil Krew Kelana “B” daerah Kunak telah disertai oleh 5 peserta dari Smk Kunak, 2 peserta orang awam, dan 1 peserta daripada Smk Kunak Jaya menjadikan jumlah keseluruhan peserta adalah seramai 8 orang.
Peserta Kem Vigil Krew Kelana “B” 2011
Dari sebelah Kiri :
Mohd Fadly Abd.Rasid (AWAM) , Alief Sanwiel(AWAM), Mohd Taufiq Nordin(SMK),
Serrynata Jain(SMK), Mariam Kalsid(SMK), Azlan Amran(SMK),Saharuddi Mohd. Nasir.(JB)
*SMK = Peserta dari SMK Kunak
*JB = Peserta dari SMK Kunak Jaya
*AWAM = Peserta dari orang awam
Tarikh : 29.07.11
Hari : Jumaat
04.00PM–05.00PM -Aktivit suai mesra bersama penduduk tempatan
Aktiviti ini dijalankan di mana peserta akan dibahagikan kepada 2 kumpulan dan dalam satu kumpulan sebanyak 4 peserta. Setiap kumpulan akan bergerak ke rumah kawasan penduduk setempat untuk mendapatkan sedikit informasi mengenai keluarga tersebut dan seterusnya akan memberikan khidmat masyarakat apa – apa sahaja yang boleh di lakukan.
9.00PM –9.30PM -Rehat
Kunjungan daripada unit Pengakap Kelana Krew “G” Kunak yang dipimpin oleh Dato Azrun B Dato Halun. Krew Kelana “B” mengucapkan ribuan terima kasih di atas kunjungan yang di buat oleh Krew Kelana “G” semoga aktiviti sebegini dapat mengeratkan silaturahim di antara semua ahli – ahli pengakap yang ada di daerah Kunak khususnya.
En.Basir Batjo menjamu selera bersama pemimpin – pemimpin Krew Kelana “B” dan Krew Kelana “G” sambil berbingan dan berbual mesra mengenai aktiviti – aktiviti pengakap di daerah Kunak, serta cadangan untuk menjadikan kawsan kem ini di lakukan sebagai rumah pengakap di daerah Kunak.
Ahli jawatan kuasa menerima penerangan dan taklimat daripada En.Junaidy Jaimi selaku penasihat program tentang aktiviti kembara malam yang di adakan.
Peserta akan melalui 8 perhentian yang akan dikawal selia oleh jawatan kuasa program dan akan di pantau oleh pemimpin – pemimpin Krew Kelana “B” semasa aktiviti ini dijalankan bagi memastikan keselamatan setiap ahli peserta terjamin. Peserta dilepaskan dalam satu kumpulan seramai 8 orang dan menerima tugasan – tugasan seperti berikut di setiap perhentian:
KEMBARA MALAM
- Lakarkan peta perjalanan dan nyatakan tempat – tempat penting
- . Menyediakan 1 jenis hidangan masakan rimba.
- Nyatakan bahan-bahannya
- Cara – cara memasaknya
- Masa yang diperlukan untuk menyediakannya
- Dapatkan 8 jenis daun serta nyatakan cirri –ciri daun tersebut dan kegunaannya sama ada untuk masakan , perubatan atau pun kecantikan
- 3 jenis bunyi – bunyian yang terdapat sepanjang penggembaraan
- Membuat satu kraf tangan dari bahan terpakai
- Membawa 3 jenis bahan semulajadi / kitar semula yang boleh digunakan dalam ikhtihar hidup.
- Membawa 3 jenis cengkerang / tumbuhan laut / hidupan laut
- Lengkapkan perkataan yang tersembunyi dibelakang kad hijau menjadi satu ayat
En.Basir Batjo selaku Penolong Pesuruhjaya (Unit Latihan) Daerah Kunak sedang memberikan penerangan dan sesi soal jawab bersama peserta dalam aktiviti proses mengenal diri ‘vigil’ yang dibahagikan kepada tiga slot.
Peserta menikmati minuman yang di sediakan oleh jawatan kuasa program
PENUTUP
Walaupun Kem Vigil kali ini, mengalami sedikit kekurangan pada awalnya di akibatkan sedikit masalah yang tidak dijangka, namun ianya tidak mematahkan semangat – semangat para peserta untuk meneruskan aktiviti, malahan atas dedikasi dan tanggungjawab semua ahli jawatankuasa Krew Kelana “B” dan ahlijawatankuasa jemputan dari Krew Kelana “C” yang turut membantu, ianya dapat di atasi dengan kerjasama semua pihak segala aktiviti yang dirancang berjalan dengan lancar dan selamat. Tidak lupa juga kepada Ketua Kampung Buang Sayang dan Pengerusi JKK, Kampung Buang Sayang yang telah memberikan sumbangan bakti dalam menjayakan Kem Vigil Krew Kelana “B” Daerah Kunak 2011 dengan jayanya.
Peserta berehat dan meluangkan masa dengan aktiviti – aktiviti permainan pengakap untuk menghilangkan rasa mengantuk
Peserta membentangan lakaran dalam aktiviti mencipta logo Pengakap Krew Kelana ‘B’ Kunak
Tarikh : 30.07.11
Hari : Sabtu
12.30AM-1.00AM- Penerangan penggembaraan
Peserta diberikan taklimat oleh saudara Mohd.Fahmi Abd.Latif selaku pengarah program tentang keselamatan dan perkara – perkara yang perlu dan tidak boleh di lakukan ketika aktiviti kembara malam dijalankan. Aktiviti ini juga secara ringkasnya akan bermula dari “Base Camp melalui kawasan bukit, jambatan Sg.Kunak Jaya, Kilang TSH Wilmar, Surau Al-Babu Salam, kawsan perkuburan islam Kg.Kunak Jaya, seterusnya akan sampai di Kg.Buang Sayang dan akan melalui jambatan, sebelum tiba semula di Base Camp yang terletak di kaki bukit.
1.00AM- 4.30AM – Aktiviti Penggembaran
Peserta sedang menikmati hidangan yang mereka sediakan ketika aktiviti Masakan rimba
Peserta menerima hukuman kerana gagal menyempurnakan tugasan di perhentian ke-2
Peserta berkerja sama dalam aktiviti di perhentian ke-3 iaitu Mencari tiga jenis daun.
Ketua kumpulan memberikan laporan kepada ahli jawatankuasa yang bertugas memastikan keselamatan setiap peserta di setiap perhentian sebelum meneruskan aktivti di setiap perhentian dan sebelum meneruskan perjalanan ke perhentian yang seterusnya.
Peserta sedang menyiapakan tugasan yang seterusnya di perhentian yang ke -5 dengan idea dan kreativiti kumpulan untuk menghasilkan sebuah kraftangan daripada bahan-bahan terpakai dan semulajadi.
Peserta yang masih bersemagat untuk meneruskan perjalanan dan aktiviti yang seterusnya walaupun sedang keletihan dan kurang tidur.
Ahli jawatankuasa yang siap sedia menanti kedatangan peserta di perhentian yang ke-7disebuah pondokdi jambatan Kg.Buang Sayang dengan penuh semangat dan tanggungjawab tanpa mengenal erti penat demi menjaga keselamatan setiap peserta.
Peserta mengambil peluang bergambar dan merehatkan diri seketika sebelum memulakan aktiviti yang seterusnya.
7.00AM-8.00AM -Khidmat masyarakat
Ahlijawatan kuasa memeriksa keadaan kawasan pantai yang hendak dibersihkan terlebih dahulu untuk memastikan keadaan kawasan tersebut selamat kepada peserta.
Peseta berkerja sama membersihkan kawasan pantai Kg.Buang Sayang sebagai senaman pagi untuk memanaskan badan sebelum meninggalkan kem.
8.00AM-9.00AM -Pembentangan Perisai & Tongkat, Penutupan
Pada acara kemuncak aktiviti,peserta membentangan perisai dan tongkat masing – masing sebelum menerima 3 bulan tempoh percubaan sebelum ditabalkan sebagai seorang Pengakap Kelana.
10.30PM– 11.00PM -Rehat
0 comments: